• trybanner

  • banner 4444

  • EXPLORE
  • COMMUNITY
  • NEWS
  • YAYASAN USM SAMBUT BAIK INISIATIF PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT

YAYASAN USM SAMBUT BAIK INISIATIF PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT

Laptop1

Pulau Pinang, 20 Disember- Yayasan Universiti Sains Malaysia menyerahkan lima (5) unit komputer riba bernilai RM12,000.00 bagi Program Pinjaman Komputer Riba Pelajar B40 dibawah pengurusan Perpustakaan Hamzah Sendut USM.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Yayasan USM, Professor Dato’ Ir. Dr. Mahyuddin Ramli kepada Ketua Pustakawan, Puan Rugayah Ali.

Mahyuddin berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada program yayasan bagi meningkatkan kemudahan di Universiti terutama Perpustakaan yang merupakan nadi bagi rujukan naskah akademik.

Laptop2

"Sejak ditubuhkan pada 2014, Yayasan USM telah membantu mengagihkan sumbangan melebihi RM6 juta melalui biasiswa, penyelidikan dan hadiah serta membantu pelajar-pelajar B40 bagi setiap sidang akademik.

Menurut Rugayah, sumbangan ini adalah inisiatif pihak Perpustakaan bagi membantu pelajar-pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba bagi menyelesaikan tugasan-tugasan mereka. Pihak saya telah mendapat banyak maklumbalas mengenai pelajar-pelajar yang tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan kerana terpaksa meminjam komputer riba daripada rakan-rakan mereka.

Kedua-dua pihak berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar bagi meningkatkan kemahiran teknologi maklumat bersesuaian dengan era digital ketika ini serta dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal / Foto: Nor Azan Ibrahim

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries