• trybanner

  • banner 4444

  • EXPLORE
  • COMMUNITY
  • NEWS
  • Jamuan dan Penyerahan Sumbangan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKA(P) Alawiyah, Kangar

Jamuan dan Penyerahan Sumbangan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKA(P) Alawiyah, Kangar

12 Jun 2019 | SMKA (P) Alawiyah, Kangar telah diberi bantuan 3 buah set komputer dan 2 buah printer daripada Yayasan USM pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilangsungkan pada minggu lepas di sekolah tersebut.

48076674463 baa4ddefc0 z

Majlis itu dihadiri oleh YBrs Cikgu Izmi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, YB Tuan Asrul Nizan bin Abdul Jalil, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sena, turut serta YBhg Prof. Dato Ir. Dr Mahyuddin Ramli FASc, Pengarah Yayasan USM.

Pihak Yayasan USM juga disambut mesra oleh YBrs Ustazah Shakirah bt Ahmad, Pengetua SMKA (P) Alawiyah dan  YBrs Dr. Abdul Jalil bin Ramli, Yang Dipertua PIBG SMKA (P) Alawiyah.

48076739122 7ed2a2c01f z

Sebelum majlis bermula, pihak sekolah telah menjemput Pengarah Yayasan USM untuk berkongsi pengalaman dan berbual bicara dengan para pelajar SMKA (P) Alawiyah.

48076638366 16394aa52b z48076636761 e212cc26f0 z

YBhg Prof. Dato Ir. Dr Mahyuddin Ramli FASc, Pengarah Yayasan USM juga memaklumkan dalam sesi temubual bersama media RTM, bahawa SMKA (P) Alawiyah merupakan sekolah yang pertama yang diberikan bantuan peralatan untuk pelajar di luar Pulau Pinang dan ini diharapkan dapat mengatasi masalah kekurangan komputer untuk pembelajaran khususnya bagi pelajar Tingkatan 6 di sekolah berkenaan.

48076634696 2185a1f0a1 z

WhatsApp Image 2019 06 17 at 10.52.27 AM 1

 

 

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries