• trybanner

  • banner 4444

  • EXPLORE
  • COMMUNITY
  • NEWS
  • Derma Prihatin kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-Anak

Derma Prihatin kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-Anak

Mei 2019 | Yayasan USM telah melawat dua (2) orang ibu tunggal yang menetap di Pulau Pinang. Pada 28 Mei 2019, derma prihatin ini diserahkan kepada Puan Hatna Musni, ibu tunggal yang sekarang tinggal di Masjid Jamek As- Soghir, Gelugor, Pulau Pinang. Puan Hatna Musni mempunyai 5 orang anak yang tiga (3) masih kecil dan dua (2) orang yang bersekolah menengah.

WhatsApp Image 2019 05 28 at 9.38.02 AM 1   WhatsApp Image 2019 05 28 at 9.38.03 AM

Sumbangan derma prihatin ini disempurnakan oleh YBhg Prof. Dato’ Ir. Dr. Mahyuddin Ramli FASc, Pengarah Yayasan USM.

Pada 29 Mei 2019, Yayasan USM juga telah melawati dan memberi sumbangan derma ini kepada seorang ibu tunggal yang menetap di Flat Tingkat Nusantara, Pulau Pinang. Puan Asirah Sulaiman kehilangan suaminya di saat anaknya yang masih berumur 4 bulan dan beliau mempunyai 4 lagi orang anak yang masih bersekolah rendah dan tadika.

WhatsApp Image 2019 05 29 at 9.34.51 AM 1

Yayasan USM telah menyerahkan cek sumbangan ini kepada beliau supaya sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Semoga dengan usaha Yayasan USM membantu kedua-dua ibu tunggal ini , dapatlah meringankan beban dan tanggungan mereka.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries