Kunjungan ke Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

14 April 2014 : Pihak Yayasan USM telah berkunjung ke Chemor, Perak untuk memberi sumbangan kepada Yayasan Amanah An-Nur Maisarah. Turut hadir ialah Pengarah Yayasan USM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mahyuddin Ramli FASc serta Penolong Pendaftar Kanan, Puan Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal dan dua (2) orang staf dari Yayasan USM.

KUNJUNGAN KE YAYASAN AMANAH AN NUR MAISARAH

Yayasan Amanah An-Nur Maisarah diuruskan oleh Dr. Fazillah bt Nordin, ia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib anak yatim/miskin di seluruh Malaysia. Yayasan Amanah An-Nur Maisarah mempunyai anak-anak seramai 53 orang dan 149 orang yang sedang menuntut di IPTA/IPTS.

Kunjungan pada minggu lepas ke sana adalah bertujuan untuk memberi sumbangan dan melawati keadaan di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah. Pihak Yayasan USM melihat keperluan yang amat diperlukan oleh Yayasan tersebut ialah barang mandian, makanan dan katil-katil untuk anak-anak ini mendapatkan tidur yang selesa.

KUNJUNGAN KE YAYASAN AMANAH AN NUR MAISARAH

Kepada yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada Yayasan Amanah An-Nur Maisarah boleh menghubungi Dr. Fazillah di talian 012- 9345023.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries