• EXPLORE
  • COMMUNITY
  • ACTIVITIES
  • Pemberian Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

Pemberian Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

 

 

IMG 20190403 WA0013

3 April 2019 : Yayasan USM mengadakan lawatan dan pemberian sumbangan kepada rumah Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda. Pertubuhan ini diselia oleh Puan Zaharah Binti Mohamed Khir dan terdapat 35 orang anak-anak yatim dibawah jagaan beliau.

IMG 20190403 WA0005

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan USM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mahyuddin Ramli FASc serta pegawai dan seorang staf. Penyelia pertubuhan ini memberikan ucapan alu-aluan kepada Yayasan USM dan seterusnya Pengarah Yayasan USM dijemput untuk memberikan ucapan dan berkongsi pengalaman serta memberi motivasi kepada anak-anak yatim ini.

IMG 20190403 WA0006

Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda ini tidak mempunyai sumbangan berterusan daripadamana-mana pihak. Pertubuhan ini amat memerlukan sumbangan dari segi makanan, minuman serta barang keperluan sekolah.

IMG 20190403 WA0021

IMG 20190403 WA0017

Sumbangan daripada mana-mana pihak amat dialu-alukan dan mereka amat menghargainya. Kepada syarikat atau individu yang ingin menyumbang boleh menghubungi 04-443 0024 untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries