MESYUARAT LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN USM BIL 1/2019

IMG 20190107 WA0024

https://www.flickr.com/photos/yayasanusm/albums/72157704038982891

4 Januari 2019 | Yayasan USM telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan USM kali pertama pada tahun 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan USM. Turut hadir ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah ialah Prof. Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Dr. Nungsari Ahmad Radhi dan Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor.  

Antara agenda mesyuarat ini adalah penerangan tentang struktur pengurusan Yayasan USM, makluman tentang pindaan Surat Ikatan Amanah dan resolusi berpekeliling Lembaga Pemegang Amanah.

Pihak Yayasan USM  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan USM atas pelantikan ini kerana mempercayai bahawa daya kepimpinan dan pengalaman luas yang dimiliki oleh mereka mampu terus memacu pencapaian dan kecemerlangan Yayasan USM ke tahap yang lebih tinggi.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries